Friday, June 12, 2009

Cara Mengenal Mutiara Yang Baik


Kriteria yang penting dalam menilai mutiara ialah kehalusan pada permukaannya. Kecacatan mutiara sukar ditentukan, tetapi ianya boleh ditentukan melalui tanda/ bintik ataupun lekuk yang kelihatan. Untuk mengenal kecacatan mutiara, permukaannya bolehlah diusap dengan hujung jari. Sekiranya terdapat dua atau lebih bintik, mutiara tersebut adalah tidak berkilau, menarik dan di tambah dengan kilauan adalah baik untuk dibuat cicin.

Mutiara yang berat sudah tentu mempunyai lapisan "nacre dan dapat bertahan lama, manakala lapisan yang nipis/ halus hendaklah dielakkan. Mutiara yang mempunyai kecacatan yang sedikit boleh digunakan untuk kalung (rantai leher) tetapi ianya tidak sesuai untuk cincin. Harga mutiara adalah ditentukan oleh saiz- berbanding dengan kualiti. Contohnya harga "loose pearls' bertambah bagi setiap milimeter garispusat. Dengan lain perkataan, harga mutiara bersaiz 7mm amat berbeza dengan 8mm.

Warna Mutiara

Warna mutiara yang biasa terdapat dipasaran ialah merah jambu, merah jambu susu, putih kuning, keperakan, keemasan hijau, hitam, biru dan coklat. Pakar-pakar mutiara amnya menasihatkan agar pemilihan warna ini disesuaikan / padankan dengan warna kulit si pemakai.

Penjagaan Mutiara

Tanda-tanda yang kecil yang mencacatkan mutiara boleh dihilangkan dengan minyak zaitun. Perhatian!! elakkan dari memakai mutiara anda semasa mandi, di dapur atau mencuci. Warna mutiara boleh berubah kerana mutiara terbentuk daripada kalsium karbonat.

Kata-kata mutiara yang lebih dari butir Mutiara

Kata-Kata Mutiara yang lebih berharga dari Butiran Mutiara dan permata

Kejujuran adalah perhiasan jiwa yang lebih bercahaya daripada mutiara dan berlian.

Ingatlah, boleh jadi manusia itu mencintai sesuatu yang membahayakan dirinya atau membenci sesuatu yang bermanfaat baginya. Mohonlah petunjuk-Nya.

Bersyukurlah karena Allah telah memberikan hidup lebih berharga dengan belas Kasih-Nya.

Sifat manusia yang berlilmu tinggi adalah merendahkan diri kepada manusia umpama resmi padi kian berisi kian tunduk tetapi hanya takut kepada Allah Penciptanya.

Cara untuk menjadi di depan adalah memulai sekarang. Jika memulai sekarang, tahun depan Anda akan tahu banyak hal yang sekarang tidak diketahui, dan Anda tak akan mengetahui masa depan jika Anda menunggu-nunggu. - William Feather

Belajarlah dari kesalahan orang lain. Anda tak dapat hidup cukup lama untuk melakukan semua kesalahan itu sendiri. - Martin Vanbee

Musuh yang paling berbahaya di atas dunia ini adalah penakut dan bimbang. Teman yang paling setia, hanyalah keberanian dan keyakinan yang teguh. - Andrew Jackson

Kita berdoa biladalam kesusahan dan memerlukan sesuatu, mestinya kita juga berdoa dalam kegembiraan besar dan saat rezeki melimpah. - Kahlil Gibran

Allah tidak melihat bentuk rupa dan harta benda kalian, tapi Dia melihat hati dan amal kalian. ~ Nabi Muhammad SAW



Nilai Mutiara

Mutiara merupakan hasil khazanah dari dasar laut yang sangat bernilai. Mutiara mempunyai gayanya yang eksklusif memandangkan kilauannya tidak luntur atau lapuk ditelan zaman. Hanya pada mereka yang benar-benar mengenali mutiara sahaja mengetahui nilai mutiara sebenar.


Siapa menduga objek bulat yang keras ini dihasilkan oleh hidupan daripada keluarga laut seperti tiram yang bercengkerang keras. Sesungguhnya ia adalah ciptaan unik dan indah Kurniaan Allah kepada umatNya.


Ketinggian nilai sebutir mutiara itu terletak dari segi rupa bentuk, warna dan tekstur kulitnya. Setiap satu daripada unsur ini menjamin nilai dan ketahanan mutiara tersebut. Di sebalik semua faktor tersebut, mutiara yang bermutu tinggi sering terletak kepada daya kilauian semulajadinya. Semakin bulat, licin tanpa kesan kecacatan semulajadi pada permukaannya seperti calar maka semakin tinggi harga sebutir mutiara asli tersebut.

Oleh kerana harga mutiara asli atau semulajadi terlalu mahal dan hanya mampu dimiliki oleh golongan kaya dan kerabat diraja sahaja maka pada awal 1900-an mutiara ternakan ataupun mutiara air tawar telah dimulakan untuk membolehkan mutiara dapat dimiliki oleh semua golongan masyarakat.

Hanya mereka yang benar-benar meminatinya saja mampu menghayati nilai sebenar sebutir mutiara yang baik. Asasnya, mutiara asli mempunyai lapan bentuk lazim iaitu bulat, separa bulat, bentuk butang, titisan air mata (eyedrop), pear, bujur (oval), bulatan (circled) dan baroque iaitu bentuk yang dianggap luar daripada kebiasaan.

Selain bentuk, warna juga menjadi ukuran dalam penilaian mutiara.Selain putih dan hitam, ada banyak lagi warna yang menjadi rebutan seperti keemasan, merah jambu lembut, perak, gangsa, kebiru-biruan, perang, dan sebagainya. Selain itu, lokasi asal mutiara juga mempengaruhi kualiti dan nilainya. Sebagai contoh, mutiara hitam Tahiti dikatakan antara yang paling mahal kerana ia sukar diperoleh. Lokasi pengeluar mutiara asli yang popular seperti mutiara dari Laut Selatan, Australia, China, Jepun dan Filipina.